Dunia
Borussia Dortmund
Advertisements

Nama Gary Steven Robbat dahulunya disebut-sebut sebagai pelapis terbaik buat pasukan Harimau Malaya dalam posisi tengah bertahan. Namun masa terus berlalu dan namanya semakin hilang dari radar skuad kebangsaan.

Selepas melalui beberapa siri kecederaan dan dipinjamkan ke Melaka United musim lepas, karier Gary kini menjadi tumpuan dan peminat-peminat bola sepak tanah air pastinya ingin mengetahui kelab manakah yang menjadi pilihan Gary untuk meneruskan karier bola sepak beliau.

Melalui tinjauan di laman transfermarkt, nama Gary kini berada di dalam senarai pemain Sabah FC untuk musim 2022. Gary bakal sama-sama ‘reunion’ bersama bekas jurulatih yang pernah melatih beliau ketika berada dalam skuad Harimau Muda iaitu Datuk Ong Kim Swee.

Advertisements
Gary Transfermarkt Gary Steven Robbat Sertai Ong Kim Swee Di Sabah FC?
Sumber dari transfermarkt.

Di laman sosial Instagram rasmi Sabah FC, beberapa keping gambar telah dimuatnaik ketika Majlis Pelancaran Jersi penjaga gol dan majlis makan malam ‘fundraising’ dua hari lepas.

Salah satu gambar yang dimuatnaik, memperlihatkan Gary yang pernah menjalani latihan bersama Borussia Dortmund di Jerman duduk bersama-sama dengan pemain-pemain pasukan Sabah sekali gus menamatkan teka-teki karier beliau untuk musim 2022 ini.

Sumber dari instagram rasmi Sabah FC.
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram