Gary White: Boleh Tanya Kim Pan-gon, Tak Mudah Lawan Chinese Taipei
Harimau Malaya
MakanBola
Chinese Taipei FA
Advertisements

Ketua Jurulatih Chinese Taipei, Gary White mahu menyaksikan kebangkitan Malaysia terbantut di laman sendiri.

Pengendali kelahiran England ini telah membawa cabaran pasukannya namun tewas kesemua lima perlawanan yang diharungi.

Advertisements

Jurulatih berusia 49 tahun ini optimis untuk memastikan persembahan pasukan berjalan lancar.

“Persiapan kami amat bagus sejak berada di sini. Latihan kami hanya beberapa hari sahaja namun datang ke sini untuk melakukan sejarah.

Advertisements

“Kami tidak pernah mengutip mata jadi kami menyimpan hasrat untuk melakukannya. Saya juga harap kehadiran penyokong tinggi untuk menghangatkan lagi aksi malam esok.

Beliau juga menyatakan secara jelas untuk melihat setiap percaturannya dapat diterjemahkan di atas padang Bukit Jalil.

Advertisements

“Objektif kami untuk menang ke atas Malaysia. Kami memiliki keinginan tinggi untuk mencari mata, kami juga membawa skuad muda yang berkualiti untuk memberi cabaran.

“Kami tidak memikirkan kekalahan besar lawan Malaysia. Cuba tanya Kim Pan-gon, bukan mudah lawan Chinese Taipei. Kamu hanya menang 1-0 pada minit ke-75 ke atas kami tempoh hari,”jelasnya di Wisma FAM.

Advertisements

Kehadiran tiga pemain naturalisasi juga untuk membantu kekuatan pasukan dan memberi kualiti tambahan pada setiap posisi.

Chinese Taipei juga mahu mengakhiri kempen dengan lebih baik dengan sekurang-kurangnya mencari satu kemenangan.

Advertisements

Aksi Harimau Malaya dan Chinese Taipei akan berlangsung pada 11 Jun 2024 di SNBJ jam 9 malam.

News Comments Account