Gerakan pemain Harimau Malaya, Richard Chin membantu Raith Rovers meraih gol penting dalam aksi terbaru Scottish Championship baru-baru ini.
Selepas kelabnya, Raith Rovers ketinggalan 1-0 dalam aksi menentang Aidrieonians, jurulatih The Rovers, Dougie Imrie memasukkan Richard sebagai pemain gantian pada minit ke-60.
Raith Rovers kemudiannya menyumbat dua gol menerusi Innes Cameron dan Kai Montagu pada minit ke-64 dan 77.
The Rovers kemudiannya meraih gol ketiga menerusi Montagu pada minit ke-85. Apa yang menarik, gol itu terhasil daripada gerakan Richard.
Bekas pemain Charlton Athletic itu melorongkan bola kepada Jordan Doherty. Hantaran Doherty kemudiannya ditanduk Montagu bagi memastikan kemenangan milik The Rovers.
Kemenangan ini bukan saja membantu Raith Rovers mengelak daripada terjerumus dengan pertarungan mengelak penyingkiran liga.
The Rovers kini mengalihkan fokus kepada satu lagi aksi menentang Partick Thistle yang akan berlangsung pada 25 Mac.