Gerard Pique Luah Kekecewaan Terhadap Peminat Selepas Ditundukkan Bayern Munich
Eropah
SIPA USA/PA Images
Advertisements

Ia adalah malam yang sukar buat pasukan kendalian Ronald Koeman apabila tewas tanpa jaringan di Camp Nou menentang Bayern Munich. Perlawanan itu berpihak kepada pasukan pelawat dengan keputusan 3-0.

Sebahagian daripada peminat The Catalans telah meluahkan rasa kecewa dengan persembahan yang ditunjukkan oleh kelab kegemaran mereka. Cemuhan yang dilontarkan peminat menarik perhatian Pique. 

Pemain pertahanan Barcelona, ​​Gerard Pique membalas cemuhan dari segelintir peminat yang mencemuh rakan sepasukannya, Sergi Roberto ketika dikeluarkan pada separuh masa pertama kerana prestasinya yang kurang memberi impak dalam perlawanan tersebut. 

Advertisements

Menurut TV Sepanyol, Pique mengutuk perbuatan penyokong yang bersiul terhadap rakan sepasukannya dan mendakwa bahawa itu adalah tindakan yang tidak sihat. 

Pemain berusia 34 tahun itu menegaskan bahawa Sergio Roberto adalah pemain tengah, bukan pemain sayap. Cemuhan tidak sesekali akan membantunya. 

Sergi Roberto sedang menyesuaikan diri untuk bermain di posisi tersebut dan patut diberi pujian buat beliau kerana sikap berani mengambil risiko dalam perlawanan pertamanya di pentas Eropah.  

Advertisements

“Saya ingin mengingatkan bahawa dia adalah seorang pemain tengah, bukan pemain sayap. Dia telah membuat pengorbanan untuk menyesuaikan diri dengan posisi itu dalam padang.”

“Saya kenal beliau, dia adalah manusia yang luar biasa dan dia mahukan lebih daripada apa-apa agar kelab ini berjaya. Saya sangat terluka dengan perkara ini.”

Pemain pertahanan Barcelona itu juga meluahkan rasa kecewa terhadap apa yang berlaku dalam perlawanan harini. Pique menambah bahawa Barcelona bukan lagi pasukan pilihan bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah kali ini. 

Advertisements

“Sekarang ini kami tidak akan menjadi antara pasukan pilihan untuk Liga Juara-Juara.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram