Advertisement
Giancarlo Gallifuoco Dirisik Kelab Luar Negara?
Asia Tenggara
MakanBola
KL City FC

Pertahanan kental KL City FC, Giancarlo Gallifuoco menyatakan hasrat untuk kekal lebih lama di Malaysia sungguhpun dikhabarkan ada cubaan merisik dari India.

Pemain kelahiran Australia itu merupakan tunjang utama untuk mengemudi benteng pertahanan The City Boys.

Beliau sudah pun memasuki tahun ketiganya di bawah kendalian Bojan Hodak menyatakan hasrat untuk kekal lebih lama bersama KL City sekaligus menepis dakwaan bakal berhijrah.

Menerusi satu komen balas oleh pemain ini, beliau kini dikaitkan dengan perpindahan ke India selepas salah sebuah kelab di sana iaitu Mohun Bagan dilaporkan mahu mendapatkan khidmatnya.

Para penyokong setia KL City bagaimanapun boleh menarik nafas lega apabila Giancarlo mahu kekal beraksi bersama pasukan.

“Sampai Mati Kuala Lumpur,” ujar pemain berusia 29 tahun ini.

Menurut beberapa laporan yang diterima oleh MakanBola, bekas bintang Tottenham Hotspur ini menerima tawaran yang cukup lumayan daripada beberapa kelab di India tatkala beliau berada pada tahun akhirnya bersama KL City.

Namun begitu, beliau difahamkan akan terus komited memacu cabaran pasukan sehingga akhir musim ini.

Gallifuoco telah beraksi 8 perlawanan setakat ini dan menjadi watak penting buat Bojan Hodak untuk mengemudi benteng pertahanan pasukan.