Giancarlo Gallifuoco Label Akram Mahinan Sebagai Enjin Tak Masuk Akal
Dunia
IG KL City Football / IG giange94
Advertisements

Menjelang aksi final Piala AFC di antara Kuala Lumpur City FC (KL City) dan Al-Seeb malam ini, sudah tentu posisi tengah kedua-dua pasukan bakal menjadi perhatian kerana disitulah terletaknya enjin yang akan menentukan hala tuju perlawanan.

Jika dinilai daripada beberapa perlawanan terakhir yang dilalui KL City, gandingan Akram Mahinan dan Ryan Lambert sudah pasti menjadi taruhan jurulatih KL City, Bojan Hodak sebagai enjin utama pasukan dan bakal dibantu dengan ketajaman Paulo Josue serta Romel Morales di bahagian hadapan.

Bagi pemain pertahanan KL City, Giancarlo Gallifuoco, beliau akui bahawa KL City tidak akan dapat beraksi dengan baik tanpa seorang Akram Mahinan. Pemain pertahanan dari Australia itu juga berpendapat Akram sebagai ‘enjin tak masuk akal’ buat KL City.

Advertisements

“Kami tidak akan berfungsi tanpa dia (Akram). Dia sememangnya ‘enjin tak masuk akal’. Dia bekerja sangat keras, dia berjaya menguasai segenap kawasan padang,” jelas Giancarlo.

Dalam masa yang sama, Giancarlo juga menyatakan bahawa tidak semua peminat faham akan kerja yang dilakukan Akram di atas padang. Akram akan menghalang serangan lawan lebih awal sebelum ianya sampai kepada pertahanan dan penjaga gol.

“Akram akan hentikan api sebelum ianya merebak ke tempat lain untuk menyala. Beliau akan bantu dengan menghalangnya sebelum hantaran dilakukan,” luah Giancarlo lagi dalam rancangan Bola Itu Life di Astro Arena.

Advertisements

Keesh selaku hos rancangan itu turut mendedahkan statistik luar biasa Akram Mahinan dalam aksi final antara zon Piala AFC menentang Sogdiana. Akram telah menempuhi jarak larian 14 kilometer dalam perlawanan itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram