Giliran Penjaga Gol Kelantan TRW Umum Perpisahan
MakanBola
The Real Warriors

Penjaga gol Bulgaria, Damyan Damyanov menjadi pemain terbaru mengucapkan selamat tinggal kepada Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC).

Perkara ini dinyatakan sendiri penjaga gol berusia 25 tahun itu menerusi satu kenyataan ringkas di Instagram.

“Terima kasih untuk semuanya,” katanya. Sebaik hantaran itu disiarkan, ramai bekas rakan sepasukan mengucapkan selamat berjaya kepada beliau.

Antaranya Syafik Ismail, T. Saravanan, Azfar Arif Sukri, Sean Selvaraj, Albert Kang dan pemain Melaka FC, Simen Lyngbo.

Damyanov beraksi sebanyak 28 kali dalam semua kejohanan musim ini dan merekodkan dua perlawanan tanpa bolos buat pasukan Pantai Timur itu.

Bekas penjaga gol Dunav Ruse itu menjadi pemain import terbaru meninggalkan Kelantan TRW. Sebelum ini, bekas pemain sayap Selangor FC, Hein Htet Aung turut meninggalkan pasukan sama.

Kelantan TRW berdepan masalah tunggakan gaji yang dilaporkan telah berlarutan selama beberapa bulan. Hal ini pernah dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.