Gol cantik Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal untuk Sporting JAX mendapat pujian ramai peminat pasukan itu baru-baru ini.
Gol tersebut dijaringkan beliau dalam aksi terbaru USL Championship (divisyen dua Amerika Syarikat (US) antara Sporting JAX dan Charleston Battery baru-baru ini.
Meskipun cuba dihalang beberapa pemain, Kuzain memastikan Sporting JAX meraih gol pertama pada separuh masa pertama. Beliau kemudiannya menyumbat satu lagi gol pada separuh masa kedua.
Pada akhirnya, Sporting JAX tumbang 5-2 di tangan Charleston Battery. Meskipun begitu, prestasi Kuzain mendapat pujian penyokong.
Sofascore turut memberi markah 8.2 kepada bekas pemain St. Louis City 2 (STL2) itu atas persembahannya dalam perlawanan itu.
Dua gol tersebut dijangka menyuntik semangat Kuzain untuk tampil lebih cemerlang bersama Sporting JAX. Selepas ini, pasukan itu akan menentang Loudoun United dalam aksi USL Championship seterusnya pada 4 Julai ini.