Gol Dramatik Bantu England Ikat Belgium
Eropah
Belgian Red Devils
Advertisements

England bangkit daripada ketinggalan sebelum melakar keputusan seri 2-2 dengan Belgium di Stadium Wembley hari ini.

Selepas tewas 1-0 dengan Brazil beberapa hari lalu, The Three Lions yang dibimbing Gareth Southgate perlu melakar keputusan positif.

Manakala The Red Devils pula mahu melupakan kekecewaan diikat Ireland tanpa jaringan pada 24 Mac lalu.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bersaing mendapatkan gol awal. Bagaimanapun, Belgium terlebih dahulu di hadapan menerusi pemain tengah Aston Villa, Youri Tielemans pada minit ke-11.

Kelebihan pelawat tidak bertahan lama apabila penyerang Brentford, Ivan Toney menyamakan kedudukan pada minit ke-17.

Tielemans sekali lagi menceriakan kem pelawat dengan gol kedua pada minit ke-36. Keputusan 2-1 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, England berusaha menembusi gawang Belgium bagi mendapatkan gol penyamaan.

Malangnya, usaha jentera serangan The Three Lions diketuai Toney kerap digagalkan barisan pertahanan Belgium diketuai bekas bek tengah Tottenham Hotspur, Jan Vertonghen.

Tatkala The Red Devils menyangka dapat meninggalkan Wembley dengan kemenangan, pemain tengah Real Madrid, Jude Bellingham muncul wira dengan meledakkan gol penyamaan pada minit ke-95.

Advertisements

Impak Bellingham diiktiraf Sofascore yang memilih beliau sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.1 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram