Advertisements
Gol Hadi Fayyadh Bantu PDRM ‘Gari’ Chinese Taipei
Persahabatan
MakanBola
MZ Photo

PDRM FC terus membuktikan pasukan itu cukup liat untuk ditewaskan apabila mengikat Chinese Taipei 1-1 dalam satu aksi persahabatan di Selayang.

Advertisement

Aksi ini merupakan sebahagian daripada persiapan anak buah Gary White sebelum berhadapan dengan Singapura pada 18 November ini.

Meskipun berstatus pasukan antarabangsa, itu bukan halangan buat Sang Saka Biru untuk mengejutkan pasukan yang menduduki ranking ke-176 dunia itu.

Advertisement

Gol bekas penyerang Fagiano Okayama, Hadi Fayyadh sudah cukup memastikan Chinese Taipei diikat 1-1 oleh PDRM sehingga tamat perlawanan.

Ini menjadikan Chinese Taipei sebagai mangsa terbaru Sang Saka Biru. Sebelum ini, PDRM berjaya mengikat Selangor FC, Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan liga.

Advertisement

Selain itu, pasukan tersebut turut memastikan dua lagi pasukan utama liga, KL City FC dan Sabah FC berputih mata di Selayang.

Advertisement

Ini bukan kali pertama PDRM menjadi pilihan pasukan antarabangsa sebagai lawan aksi pemanas badan. Sebelum ini, Palestin turut menjadikan pasukan yang dibimbing P. Maniam itu sebagai lawan mereka.

Perlawanan yang berlangsung pada 31 Ogos lalu menyaksikan Singa Kanaan meraih kemenangan 2-1. Tamer Seyam dan Jonathan Cantillana menyumbat gol buat Palestin dengan PDRM membalas menerusi Ifedayo Olusegun.

Advertisement

Sebelum berdepan Chinese Taipei pada 18 November, Singapura akan menentang Myanmar di Stadium Nasional Singapura pada 14 November.