Gol Izzat Zikri Tular Hingga Ke Argentina
Liga Super
Penang FC
Advertisements

Pemain muda Penang FC, Izzat Zikri sudah pasti tidak akan melupakan penampilan pertamanya dalam saingan Liga Super selepas berjaya meledak gol kemenangan ke atas Sri Pahang FC tempoh hari.

Gol menarik dari luar kotak penalti pada minit ke-70 itu sudah cukup untuk menghadiahkan kemenangan pertama Penang di bawah kendalian jurulatih sementara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Kini, jaringan yang dihasilkan Izzat tersebut telah pun tular hingga ke negara Argentina apabila pemilik akaun X, Fodbolworld telah berkongsi video gol tersebut.

Advertisements

“Lihatlah gol menarik yang dihasilkan Izzat Zikri dalam penampilan pertamanya di Malaysia!,” coret Fodbolworld di laman X.

Fodbolworld merupakan salah satu laman X terkenal dari Argentina yang berkongsi mengenai gol-gol menarik dan kejadian aneh dalam sukan bola sepak di seluruh dunia.

Advertisements

Khidmat Izzat dijangka akan terus ditagih Akmal Rizal bagi mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.

Penang FC kini berada di tangga ke-10 Liga Super dengan mengumpul 23 mata selepas 24 perlawanan yang diharungi.

Advertisements

Penang perlu melalui dua lagi aksi Liga Super selepas ini dengan perlawanan menentang Terengganu FC di laman sendiri pada 3 Disember.

Manakala perlawanan terakhir Penang dijadualkan pada 16 Disember yang menyaksikan mereka bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim bagi menentang juara liga, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram