Gol Ketiga Perak FC Jadi Perdebatan Hangat
Liga Super
Astro Arena
Advertisements

Pasukan Liga Super, Perak FC mencatatkan kemenangan penting namun gol ketiga yang dijaringkan pasukan menjadi tanda tanya.

Beraksi di laman sendiri, The Bos Gaurus memanfaatkan peluang yang ada untuk meraih 3 mata penting untuk terus memperbaiki kedudukan liga.

Gol ketiga pasukan bimbingan Yusri Che Lah bagaimanapun menjadi perhatian selepas jaringan Seo Seon-ung dikesan berada dalam kedudukan ofsaid.

Advertisements

Perkara ini meraih perhatian bekas pertahanan kebangsaan, Razman Roslan yang merasakan jaringan itu tidak patut diberikan.

“Saya rasa memang ofsaid. Sudah tentu ofsaid .”

Perkara ini disokong oleh rakan setugas di Astro yang juga merupakan bekas penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha.

Advertisements

“100% ofsaid.”

Razman menyatakan bahawa mutu pengadilan di Malaysia perlu ditambah baik agar insiden seperti ini tidak berulang.

“Pengadil perlu membuat satu keputusan yang betul dan konsisten. Kalau penalti kata penalti, kalau tak kata bukan,” jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Kemenangan ini menyaksikan Perak kekal di tangga ke-11 liga dengan 16 mata selepas 19 perlawanan berlangsung.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram