Advertisement
Gol Luqman Hakim Selamatkan Maruah Njardvik Dimalukan Selfoss
Eropah
MakanBola
jggsport

Penyerang muda Njardvik FC, Luqman Hakim Shamsudin menjaringkan gol penting untuk memastikan pasukannya tidak mengalami kekalahan.

Pemain berusia 22 tahun itu memanfaatkan peluang yang diberikan sungguhpun tidak diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan.

Anak jati Kota Bharu itu mempamerkan kualiti yang dimiliki apabila memberi impak selaku pemain gantian pada perlawanan ini.

Beliau masuk untuk menggantikan rakan sepasukan, Alexandre Romao berjaya memberikan impak segera seperti yang diharapkan oleh barisan kejurulatihan Njardvik.

Luqman menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-84 sekaligus menyaksikan Njardvik tidak dimalukan di laman sendiri.

Gol ini amat penting buat pasukan yang naik satu anak tangga kepada kedudukan ke-7 liga sambil ia memberi motivasi buat anak muda Malaysia ini untuk terus menapak di pentas Eropah.

Bagi aksi seterusnya, Njardvik akan berkunjung ke gelanggang lawan bagi menentang Afturelding.