Gol Sepakan Gunting Indra Putra Buktikan Beliau Masih Berbisa
Dunia
indraputra-instagram
Advertisements

Bekas pemain Kuala Lumpur City FC, Indra Putra Mahyuddin baru-baru ini telah melakukan sepakan gunting yang menghasilkan gol pertama peribadinya bersama Perak FC.

Jaringan tersebut dihasilkan dalam perlawanan persahabatan tertutup pertama Perak FC yang bertemu dengan Juara Piala FA Ipoh, Dee Jay Arr FC di Stadium Perak, Ipoh.

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan Perak 3-1 Dee Jay Arr FC. Dua jaringan daripada Perak dijaringkan oleh bekas pemain Selangor FC, Wan Zack Haikal.

Advertisements

Indra Putra yang juga pemain baharu pasukan Perak FC akan menjadi taruhan utama di bahagian serangan bagi saingan Liga Perdana musim ini.

Pengalaman serta ketajaman yang dimiliki Indra Putra lebih 20 tahun dalam kancah Liga Malaysia amat ditagih oleh peminat bola sepak Perak FC untuk kembalikan zaman kegemilangan pasukan Perak FC suatu ketika dahulu.

Lihat aksi sorotan video jaringan-jaringan yang dihasilkan di Facebook Perak Football Club.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram