Advertising
Gombak TOT United Tak Mahu Mengalah Awal Dengan JDT
UltraSukan
Gombak TOT United

Gombak TOT United tidak melihat status Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai pasukan bintang sebagai satu ancaman buat mereka menjelang aksi pertama saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024.

Penjaga gol Gombak TOT United, Mohd Alif Haiqal Mohd Zaini berkata meskipun dengan keberadaan bekas import mereka, Helio Neto di JDT, beliau tidak akan membenarkan pintu golnya dibolosi dengan mudah.

”Ia akan memberi impak besar kepada JDT kerana (Helio) Neto itu sangat versatile dan ada cara tersendiri untuk merobek gawang lawan.”

Ad

“tetapi saya sebagai penjaga gol tidak akan sesekali membenarkan gawang TOT United dibolosi dengan mudah pada perlawanan Sabtu ini,” katanya kepada Astro Arena.

Ad

Beliau turut mengakui kehebatan Neto yang pernah menyarung jersi TOT United musim lalu yang disifatkannya sebagai pemain import terbaik.

View this post on Instagram

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

Ad
Ad

”Betul, antara yang import terbaik daripada Brazil yang bermain di Malaysia tahun lepas. Jadi tahun ini, kedua-dua pemain import JDT itu amatlah tajam di hadapan pintu gol,” kata penjaga gol itu.

Ad

”Kami amat mengenali (Helio) Neto kerana beliau adalah seorang penjaring gol buat TOT United musim lepas.”

Tambahnya lagi, selain Neto, mereka juga terpaksa melupakan khidmat kapten pasukan musim lalu, Yazid Kamaruzuan yang turut menyertai kelab selatan tanah air itu.

“Selain itu, kami kehilangan kapten yang juga telah berhijrah ke JDT juga, sebagai kami punya (pembakar) semangat setiap perlawanan,” ujar beliau lagi.

Gombak TOT United akan turun berdepan naib juara MPFL musim lalu, JDT pada Sabtu ini di KSN Panasonic, Shah Alam jam 8.30 malam.