Advertising
Guwahati Masters: Justin Hoh Terkandas Di Separuh Akhir, Tewas Kepada Alvi Wijaya Chairullah
UltraSukan
UltraSukan
Badminton Photo

Pemain perseorangan muda negara, Justin Hoh terpaksa melupakan hasrat ke separuh akhir Guwahati Masters 2023.

Ini selepas beliau terpaksa menarik diri daripada aksi separuh akhir menentang wakil Indonesia, Alvi Wijaya Chairullah akibat kecederaan.

Selepas pulih daripada kecederaan jangka panjang yang dialami sebelum ini, anak jati Kuala Lumpur itu mula mempamerkan bisanya dalam beberapa kejohanan.

Ad

Dengan Cheam June Wei tersingkir di pentas separuh akhir, harapan kini diletakkan di bahu Justin untuk mara ke final.

Ad

Bagaimanapun, Alvi membuktika keampuhannya di atas gelanggang dengan meraih kemenangan set pertama menerusi keputusan 21-12.

Ad
Ad

Tuah menyebelahi wakil Indonesia itu apabila Justin memohon menarik diri pada set kedua akibat kecederaan. Walaupun terpaksa menarik diri, ini satu pencapaian membanggakan buat pemain yang menduduki ranking ke-86 dunia itu.

Ad

Alvi kini bakal berdepan rakan senegara, Yohanes Saut Marcellyno di pentas final perseorangan Guwahati Masters esok.