Kelab K1 League, Gwangju bergelut untuk mencari rentak sebelum berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Skuad kendalian Lee Jung-hyo turun dengan kesebelasan utama menentang Daegu dalam misi untuk memperbaiki kedudukan liga.
Jaringan Byeon Ju-soo tidak cukup untuk memberikan kemenangan buat tuan rumah yang terpaksa berpuas hati dengan satu mata sahaja.
Gwangju dilihat tidak berupaya mengekalkan rentak terbaik dalam saingan liga selepas hanya mencatatkan satu kemenangan dalam 4 aksi terakhir.
Momentum pasukan dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) amat baik selepas menang dua aksi pembukaan berdepan Yokohama F. Marinos dan juga Kawasaki Frontale.
Prestasi JDT juga amat baik ketika ini apabila berjaya menundukkan Shanghai Shenhua dengan keputusan 3-0 selain keputusan besar ketika berdepan Balestier Khalsa dalam satu aksi persahabatan.
Skuad Harimau Selatan tidak tewas dalam mana-mana perlawanan yang diharungi pada musim 2024/25 sekaligus bakal menjadikan pertemuan ini cukup mendebarkan.
Aksi antara JDT dan Gwangju dijadualkan pada 21 Oktober jam 6 petang waktu tempatan.