Kelab Korea Selatan, Gwangju FC menjadi mangsa terbaru Ulsan HD dan Kim Pan-gon.
Aksi Korean Cup itu menyaksikan Ulsan HD bergelut pada babak pertama untuk mendapatkan rentak terbaik beraksi di laman lawan.
Beberapa percubaan cuba dilakukan oleh barisan serangan Ulsan menerusi Yago Cariello, Lustav Gudwigson dan juga Um Wong-sang namun menemui jalan buntu.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 0-0.
Bersambung babak kedua, pasukan pelawat kembali mendapat rentak sebenar permainan untuk mencari gol pembukaan.
Usaha itu akhirnya disudahkan oleh Cariello yang meletakkan bola ke dalam jaring menewaskan Noh Hee-dong.
Tiada sebarang tambahan jaringan berjaya dihasilkan oleh mana-mana pasukan sepanjang 90 minit permainan berlangsung.
Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan sungguhpun Gwangju menjaringkan gol penyamaan menerusi Moon Min-seo pada minit ke-95 namun dibatalkan oleh VAR.
Aksi timbal balik akan berlangsung pada Rabu, 28 Ogos 2024 jam 6 petang waktu Korea Selatan.