Kim Pan-gon & Ulsan HD Tanggung Kekalahan Kepada Suwon
MakanBola
Ulsan HD
Sponsors

Kim Pan-gon dan kelabnya, Ulsan HD menaggung kekalahan kepada Suwon FC.

Perlawanan di laman sendiri itu menyaksikan Ulsan HD turun dengan barisan terkuat menghadapi pasukan tangga kelima liga itu.

Ad

Hasrat untuk melakar kemenangan terbantut awal selepas penyerang tuan rumah, Joo Min-kyu dikayangkan kad merah pada minit ke-40.

Ad

Kelebihan itu dimanfaatkan oleh Suwon apabila membuka tirai jaringan menerusi percubaan Son Jun-ho selang dua minit.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0 memihak pelawat.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by 울산 HD FC (@uhdfc_1983)

Ad

Bersambung babak kedua, Ulsan HD sekali lagi dihimpit masalah besar apabila pemain sayap lincah Suwon, Anderson Oliviera menjaringkan gol kedua pelawat.

Ad

Semangat juang tuan rumah terus membara dan berjaya merapatkan kedudukan menerusi Gustav Ludwigson pada minit ke-72.

Tambahan masa 8 minit tidak cukup untuk mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Ulsan HD kini menghuni tangga ke-3 dengan 45 mata dan hanya satu mata dipisahkan dengan Suwon di tangga kelima.

Aksi Piala FA Korea menanti Ulsan yang akan bertemu Gwangju bagi tiga aksi berikutnya bermula 21 Ogos 2024.