Ads
Asia
Johor Southern Tigers

Jaguh Korea Selatan, Ulsan HD mengakui detik sukar setiap kali turun beraksi di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

Perkara ini dikongsikan oleh Pengurus Pasukan Ulsan HD, Kim Soo-hong kepada laman Harimau Malaya mengenai pertemuan kali ke-3 pasukan itu dengan skuad Harimau Selatan.

Advertisements

Beliau mengakui bahawa kunjungan ke Stadium Sultan Ibrahim tidaklah semudah yang disangka kerana JDT sentiasa memberikan cabaran terhebat di atas padang.

Advertisements

Advertisements

“Kami (Ulsan HD) telah bertemu JDT berkali-kali dan saya tidak jangka tetapi undian telah menunjukkan begitu.

“Ia tidak mudah untuk beraksi di gelanggang lawan (Stadium Sultan Ibrahim) tetapi inilah saatnya untuk kami membalas dendam daripada aksi terdahulu,” jelasnya kepada Harimau Malaya.

Advertisements

Berdasarkan rekod, JDT telah bertemu Ulsan HD sebanyak 4 kali pada tahun 2022 dan 2023 dengan rekod baik 3 kemenangan berjaya dikecapi.

Beliau bagaimanapun yakin bahawa pengendali Ulsan HD, Kim Pan-gon amat mengenali para pemain Malaysia kerana pernah melatih mereka.

“Kim Pan-gon tahu pemain Malaysia dan beliau pastinya tahu apa yang perlu dilakukan bagi aksi mendatang,” ujarnya.

Advertisements

JDT bakal menghadapi Ulsan HD bagi aksi pembukaan seawal bulan September dalam kancah ACLE.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram