Kelab Korea Selatan, Gwangju FC menumpaskan FC Seoul sekaligus bakal menjadi ujian besar buat Johor Darul Ta’zim (JDT).
Skuad kendalian Lee Jung-hyo beraksi cemerlang pada aksi ke-33 K-League 1 dengan menundukkan FC Seoul 3-1 tatkala kelab tersebut diwakili oleh bekas bintang Manchester United, Jesse Lingard.
Kemenangan itu meneruskan momentuk terbaik selepas berjaya menewaskan Kawasaki Frontale dengan keputusan 1-0 pada aksi kedua AFC Champions League Elite (ACLE) di tempat lawan.
Gwangju kini mendahului carta saingan ACLE selepas dua kemenangan hasil kemenangan berdepan Yokohama FM 7-3 diikuti rapat oleh JDT dengan 4 mata.
Kedua-dua pasukan bakal bertemu pada 22 Oktober 2024 dengan perubahan venue kepada Stadium Yongin Mireu.
Skuad kendalian Hector Bidoglio dalam momentum cemerlang selepas menundukkan Shanghai Shenhua dengan jaringan 3-0 baru-baru ini.
Juara Piala FA 2024 itu diperkuat dengan kehadiran bekas pemain Real Madrid, Jese Rodriguez yang menyertai pasukan sekaligus menjadi tonik tambahan di ACLE.