Haaland Kecewa Besar Dengan Liverpool
Dunia
Manchester City
Advertisements

Kekecewaan penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland berterusan susulan pasukannya dimalukan oleh musuh tradisi, Liverpool di Anfield baru-baru ini.

Pemain kebangsaan Norway ini turun dalam kesebelasan utama City dan bergandingan bersama Phil Foden dan juga Bernardo Silva.

Walau bagaimanapun, kehampaaan bekas pemain RB Salzburg berterusan apabila bertemu anak didik Jurgen Klopp terutamanya beraksi di laman lawan.

Advertisements

Haaland dilihat sukar mendapat ruang dan peluang apabila pergerakannya dirantai oleh pertahanan Liverpool terutamanya Virgil Van Dijk.

Kekalahan ini menyaksikan beliau tidak pernah menang ke atas Liverpool sebanyak 4 perlawanan termasuklah ketika bersama bekas kelabnya dahulu.

Ketika bersama RB Salzburg, beliau berjaya menjaringkan satu gol namun ia tidak cukup untuk mengatasi bekas juara UCL ini apabila tumpas 3-4.

Advertisements

Bukan itu sahaja, ini juga menyebabkan Haaland terlepas peluang untuk menambah koleksi jaringannya musim ini.

City kini berada pada tangga ke-2 Liga Perdana Inggeris apabila memungut 23 mata selepas 10 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram