Habuan Mewah Menanti Pemain Selangor Jika Tewaskan JDT
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Selepas sekian lama menanti, akhirnya Selangor kembali mewarnai pentas akhir Piala Malaysia dengan bakal membuat perhitungan dengan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Dengan kemaraan Selangor ke pentas akhir, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI telah mengambil inisiatif untuk memberikan ganjaran kepada setiap pemain Selangor.

Menteri Besar Selangor,  Dato’ Seri Amirudin Shari insentif khas dengan nilai keseluruhan RM229,500 diberikan agar dapat menyuntik semangat baharu kepada skuad The Red Giants untuk merampas kembali piala berprestij yang kali terakhir dirangkul pada 2015.

Advertisements

“Insya-Allah jika mereka berjaya membawa Piala Malaysia, saya akan cukupkan RM50,000 kepada setiap pemain dan pegawai bertugas sepanjang perlawanan ini.

“Saya harap ganjaran ini memberi motivasi kepada pemain untuk merampas kemenangan Piala Malaysia yang sudah sekian lama tidak sampai di Selangor,” katanya kepada Selangorkini.

Dalam masa yang sama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Norita Mohd Sidek mengharapkan pemain Selangor dapat memberikan persembahan terbaik dan melakar kejayaan bermaruah buat Selangor.

Advertisements

“Ini adalah suatu pertandingan yang dinanti-nantikan untuk menjaga maruah kita di Selangor. Jika berjaya (rangkul piala), sudah tentu akan menjadi kejayaan manis dan bermaruah,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram