Penyerang PDRM FC, Hadi Fayyadh mengakui akan kekal di Jepun sekiranya tidak menerima panggilan daripada Datuk Lim Teong Kim.
Pemain berusia 24 tahun itu pulang ke Malaysia pada tahun 2023 menyertai Perak FC selepas hampir 4 tahun setengah di Jepun.
Menerusi satu sesi audio siar oleh Koppa TV bersama Hanif Miswan, Syakirah Zulkifly dan juga Nazreen Izahar, beliau memaklumkan bahawa perancangan awalnya bukanlah untuk pulang ke Malaysia.
Namun begitu, panggilan yang dilakukan oleh bekas pengendali The Bos Gaurus itu membuatkannya yakin untuk kembali beraksi di Malaysia.
“Pada awalnya, saya tidak mahu pun pulang ke Malaysia. Akan tetapi, Datuk Lim Tiong Kim menghubungi saya dan mahu saya berada dalam pasukannya di Malaysia (Perak FC).
“Saya nak berterima kasih kepads beliau kerana dapat bermain di bawahnya dan ia merupakan satu kebanggaan untuk beraksi dengan bimbingannya.
Bekas pemain JDT ini tidak menyesali langkah yang diambil olehnya sambil menikmati detik di bawah pengurusan Teong Kim.
“Pelan dan perancangan itu sudah ada. Saya lihat ia peluang yang baik untuk diri saya. Namu begitu, kadangkala perkara tidak berlaku seperti yang kita minta, jad pemikiran yang betul perlu ada.
Beliau juga yakin akan terus kekal di Jepun sekiranya panggilan itu tidak berlaku kerana masih menerima tawaran beberapa kelab di sana.
“Kalau panggilan itu tidak berlaku, saya masih di Jepun. Saya tiada pelan untuk balik ke Maysia dan kelab di sana pun ada memberikan tawaran kepada saya” jelasnya kepada Koppa TV.
Hadi kini beraksi buat The Kops dan menjadi watak penting yang membantu pasukan untuk terus mendaki tangga teratas liga.