Hafizul Hakim: Saya Pun Ada Anak Isteri Nak Bagi Makan
Transfer
PERAK FC
Advertisements

Nampaknya kemelut yang melanda pasukan Perak FC semakin ketara selepas seorang lagi pemain bakal meninggalkan kelab tersebut.

Pemain yang disebutkan itu ialah penjaga gol Perak FC, Hafizul Hakim. Pemain berusia 28 tahun ini dikhabarkan akan meninggalkan Perak selepas beliau merasakan kemelut yang melanda pasukan Perak seperti tiada penghujungnya.

“Kalau ikutkan, saya nak ‘stay’ lagi (dengan pasukan Perak) sebenarnya, tapi bila nampak masalah ni tak akan selesai, saya terpaksa juga (tinggalkan pasukan Perak).

Advertisements

“Saya ada keluarga nak kena jaga, saya ada anak dan isteri yang saya kena bagi makan. Jadi, keputusan saya ni, saya buat selepas berfikir panjang dan saya rasa ini adalah keputusan terbaik untuk karier saya dengan keluar dari pasukan Perak,” jelas Hafizul Hakim kepada Astro Arena.

Baru-baru ini, Perak FC juga telah kehilangan pertahanan kanan mereka iaitu Amirul Azhan yang memilih untuk menyarung jersi Kedah Darul Aman FC musim hadapan. Selain itu, beberapa bakat muda pasukan Perak dikhabarkan berjaya menarik minat pasukan-pasukan lain yang beraksi Liga Malaysia.

Pada musim hadapan, Perak FC akan beraksi di Liga Perdana selepas menduduki tangga kedua tercorot liga. Mereka telah kehilangan beberapa tonggak utama pasukan seperti Shahrul Saad dan Kenny Palraj yang bertindak meninggalkan pasukan pada pertengahan musim 2021 selepas pasukan Perak dikhabarkan mengalami masalah tunggakan gaji.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram