Hairuddin Omar Beri Peringatan Kepada Penyokong Terengganu
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Berita perpindahan yang melibatkan jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain dan beberapa pemain utama pasukan acap kali menghiasi berita bola sepak tanah air sejak kebelakangan ini.

Dan baru-baru ini, difahamkan Nafuzi merasakan sedikit terkilan dengan pihak pengurusan TFC kerana menyerahkan surat tawaran lanjutan kontrak melalui kitman. Walaupun cerita yang kurang enak mulai timbul, pembantu jurulatih TFC, Hairuddin Omar berkongsi mengenai situasi semasa pasukan.

Hairuddin atau lebih dikenali dengan nama Hai-O mengakui pasukan berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan dalam masa yang sama berharap para penyokong Terengganu mengabaikan berita-berita panas yang timbul di media sosial.

Advertisements

Hai-O menggesa para penyokong menumpukan perhatian kepada pasukan yang kini sudah berada di separuh akhir Piala Malaysia. Semangat berpasukan dalam kem TFC masih utuh dan kuat seperti selalu dan pemain sentiasa bersemangat untuk terus membawa TFC ke peringkat seterusnya.

Terengganu layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2022 selepas menyingkirkan juara bertahan, Kuala Lumpur City dengan agregat 4-1. Pada pusingan separuh akhir, Terengganu bakal berdepan Selangor FC pada 16 November sebagai pasukan pelawat sebelum aksi timbal balik kedua pada 21 November depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram