Advertising
Hakimi Abdullah Kembali Menyinar Di Kelantan DN
MakanBola
Kelantan Darul Naim FC

Pemain sayap Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Hakimi Abdullah kembali menyinar bersama pasukan itu.

Ini selepas Malaysian Football League (MFL) memuat naik kompilasi gol terbaik Liga Malaysia (Liga M) untuk tahun 2024.

Ad

Selepas menyertai Sang Kijang Emas dari Terengganu FC secara pinjaman pada September 2024, Hakimi pantas merebut peluang dalam kesebelasan utama pasukan itu.

Ad

Beliau kini merekodkan sembilan penampilan dan satu gol bersama Sang Kijang Emas setakat ini.

Satu-satunya gol beliau dicatatkan dalam aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan FC pada 27 September lalu.

Ad

Meskipun dikawal beberapa pemain pertahanan Sang Rusa, Hakimi berjaya menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Aqil Razak menerusi rembatan dari luar kotak penalti.

Ad

Gol tersebut membuka jalan kepada kemenangan 3-2 Kelantan DN di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Itu juga merupakan kemenangan kedua Sang Kijang Emas dalam liga musim ini.

Ad

Bisa pemain sayap berusia 24 tahun itu dijangka ditagih Sang Kijang Emas menjelang aksi menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 10 Januari ini.

Aksi yang sepatutnya berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) dipindahkan ke Stadium Darul Aman dan berlangsung pada jam 5.30 petang.

Perubahan waktu dan venue tersebut dibuat memandangkan kerja-kerja penambahbaikan SSMIV masih lagi giat dijalankan.