Advertising
Hamidin Sedia Penuhi Permintaan Besar Lee Zii Jia
UltraSukan
UltraSukan
Olympic Malaysia

Hajat wakil tunggal perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akan diusahakan sebaik mungkin oleh Datuk Haji Hamidin Mohd Amin menjelang Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Datuk Haji Hamidin selaku Chief de Mission Malaysia ke Paris melihat usaha yang ditampilkan oleh Lee Zii Jia bersama jurulatihnya, Wong Tat Meng benar-benar mahu membawa pulang kejayaan buat negara.

”Daripada gaya dia (Lee Zii Jia) berkata dan komitmen Wong Tat Meng, saya tengok dia mempunyai impian yang tinggi untuk membuat sesuatu,” katanya ketika turun bertemu Lee Zii Jia di Sentosa Sport Arena pada Selasa.

Ad

Tambahnya lagi dengan fizikal Zii Jia yang dalam keadaan terbaik, pihak Olympic Council of Malaysia (OCM) akan berusaha membantu pemain berusia 26 tahun itu sebaik mungkin terutamanya melibatkan kad akteditasi di Paris.

Ad

“Dia pun sekarang bebas dari kecederaan dan dia ada 1-2 permintaan yang kita akan usahakan terutamanya tentang kad akreditasi kerana kad ini sangat ketat di sana di bawah seliaan Olimpik,” tambah beliau kepada pihak media.

Zii Jia menyampaikan hasratnya untuk membawa seorang atau dua orang lagi ke Paris bagi membantunya dalam sesi latihan di sana selain jurulatihny, Wong Tat Meng yang sudah mempunyai kad akreditasi tersebut.

Ad
Ad

“Selain daripada OCM, ISN, dan juga pasukan sokongan, dia juga mahu membawa satu atau dua (ahli pasukannya). Setakat ini Wong Tat Meng memang sudah pasti ada kad akreditasi, tetapi dia memerlukan satu atau dua (kad) lagi.”

Ad

Oleh disebabkan itu, Datuk Haji Hamidin bersama pihak OCM akan sedaya upaya membantu merealisasikan hasrat Zii Jia supaya pemain kelahiran Kedah itu boleh beraksi tanpa sebarang halangan.

“Jadi saya sedang usahakan bersama pihak OCM untuk dapatkan supaya kita dapat memenuhi hasratnya agar dia tenang bila dalam latihan dan bermain nanti,” ujar beliau dengan penuh harapan.

Lee Zii Jia yang kini berada di ranking ketujuh dunia berada di prestasi terbaiknya menjelang Sukan Olimpik setelah memenangi dua gelaran juara dalam masa dua bulan terakhir dan menjadi sandaran utama negara dalam sukan badminton.

Seai undian bagi sukan badminton di Olimpik nanti bakal berlangsung pada 12 Julai ini di Ibu Pejabat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Kuala Lumpur.