Hamidin: Sesiapapun Berhak Mengkritik Tapi Jangan Menghentam
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin boleh menerima kritikan namun beliau berharap kritikan yang diberikan perlulah berhemah dan tidak melampaui batas.

Beliau memaklumkan perkara ini ketika ditemuramah pihak Arena Metro pada Selasa, 25 Januari 2022.

“Saya fikir seperti ini, mana-mana pihakpun, individu atau mana-mana badan berhak mengkritik dengan cadangan yang bagus namun bukanlah untuk menghentam seseorang itu.

Advertisements

“Bagi saya (kritikan hentaman), ia tidak mendatangkan manfaat hanya kerana ada niat lain. Saya fikir jika masih lagi dalam batasan tak ada masalah.

“Kalau di luar batasan kita akan lihat macam mana nanti. Kalau melampau mungkin betul-betul ada niat lain atau mencemarkan,” jelasnya kepada Arena Metro.

Sebelum ini pihak FAM menerima pelbagai cadangan untuk menambah baik sistem sedia ada daripada pelbagai pihak namun terdapat beberapa cadangan lebih terarah kepada hentaman yang dianggap tidak memberikan sebarang faedah kepada bola sepak negara.

Advertisements

Beliau turut mengakui dan sedar FAM akan dikritik memandangkan pasukan kebangsaan sebelum ini gagal mara ke separuh akhir Piala AFF 2020 di Singapura.

“Sebelum memegang jawatan sebagai presiden, saya pernah memegang banyak jawatan di pelbagai peringkat jadi saya tahu perkara ini jika pasukan kebangsaan gagal akan dikritik dan disuruh letak jawatan.

“Saya memang tahu jika ada apa-apa kekalahan pasukan kebangsaan ini akan terjadi dan ia terjadi kepada bekas presiden sebelum ini,” katanya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram