Hamidin Nasihatkan Kim Pan-gon Jangan Ikut Nasihat Orang Luar
Dunia
Youtube Astro Arena
Advertisements

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menyatakan tiada istilah wajib membabitkan pemain naturalisasi negara, jika tidak menunjukkan prestasi yang baik terserlah kepada jurulatih untuk membuat pilihan.

Datuk Hamidin juga menasihati jurulatih baharu negara, Pan-Gon supaya tidak termakan dengan kata-kata orang luar dan mahukannya mengkaji sendiri permainan setiap pemain bermula dengan saingan Piala Sumbangsih.

Dalam pada itu, beliau mengakui tidak kesah jika tidak ambil pemain naturlisasi beraksi dalam pasukan negara malah memberi kebebasan kepada Pan-Gon untuk membuat pilihan yang terbaik menjelang kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun depan.

Advertisements

“Sebab itu inisiatif kita dahulu kalau mereka tidak bagus buat apa kita pilih, bagi saya, biar jurulatih yang membuat keputusan untuk menentukan sesiapa yang layak ataupun tidak.”

“Saya ada bercakap dengan jurulatih baru, “anda tidak perlu ikut nasihat orang luar”, biar dia mula dengan Piala Sumbangsih dan saya tidak mahu fikirannya diracun oleh mana-mana pandangan agar jangan ambil orang ini,” jelasnya.

“Dia tidak mahu ambil pemain naturalisasi pun tidak mengapa. Saya mahu dia tengok perlawanan seperti membabitkan Selangor, JDT dan Kedah (Darul Aman).”

Advertisements

“Kalau dia kata tiga pemain (naturalisasi ini) tidak bagus, tidak ambil pun tidak mengapa,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Bekas pengendali Hong Kong itu akan tiba di Malaysia pada 6 Februari depan seterusnya mengikuti keseluruhan perlawanan tumpuan saingan Liga Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram