Advertisements
“Hang Kena Fikir” – Aidil Sharin
Dunia
MakanBola
FA Kedah

Bekas pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak sememangnya seorang jurulatih muda yang berkaliber. Mana tidaknya, beliau sudah beberapa kali membawa pasukan Kedah mengecapi kejayaan demi kejayaan.

Namun segalanya tidak berakhir dengan baik buat Kedah musim ini. Kedah sekadar menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-8 dan lima perlawanan terakhir liga yang dilalui, berakhir dengan kekalahan.

Baru-baru ini, terdapat seorang penyokong yang meninggalkan komen berbaur negatif di laman instagram mengenai jurulatih dari Singapura itu.

“Anda perlu bersyukur anda coach pasukan Kedah, kalau team lain dengan performance mcm tu belum habis liga dah kena out,” kata pengguna instagram tersebut.

Aidil Sharin dengan tenang menjawab semula komen tersebut dengan dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada pasukan Kedah. Dalam masa yang sama, Aidil menceritakan dugaan yang pernah hadir ketika beliau bersama Kedah.

“Terima kasih negeri Kedah. Hang kena fikir kalau jugak bila negeri Kedah team takde gaji 5 bulan hang kena bersyukur team masih Jalan Dan mendapat no.2 layak ke Afc. Kalau coach lain dari Europe or Korea hang punya negeri dah bungkus bila dibawa ke FIFA,” luah Aidil Sharin membalas komen yang di ruangan komen instagram Semuanya Bola.

komen aidil sharin "Hang Kena Fikir" - Aidil Sharin
Komen dari pengguna instagram yang dibalas oleh Aidil Sharin.

Difahamkan isu tunggakan gaji itu berlaku pada tahun 2020 semasa dunia dilanda Covid-19 dan pasukan Kedah ketika itu dibawah pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA). Tunggakan gaji itu telah diselesaikan oleh pengurusan ketika itu.

Antara kejayaan yang diraih pasukan Kedah dibawah kendalian Aidil adalah Juara Piala FA 2019, Naib Juara TM Piala Malaysia 2019, Naib Juara Liga Super pada musim 2020 dan 2021.

Bukan sahaja itu, Aidil juga berjaya membawa Kedah tiga kali ke peringkat Asia dengan layak ke perlawanan Play-Off Liga Juara-Juara AFC 2020 dan ke saingan Piala AFC pada tahun 2021 dan 2022.