Hannah Yeoh Pandang Serius Isu Padang SNBJ, Tuntut Tindakan Segera PSM
Dunia
Hannah Yeoh
Advertisements

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memandang serius isu mengenai keadaan padang teruk ketika perlawanan akhir Piala Malaysia tempoh hari.

Seramai 81,550 penyokong menjadi saksi keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Oleh kerana itu, pelbagai tanda tanya yang menjadi bualan peminat bola sepak Malaysia.

Menurut temubual wartawan Astro Arena, Syifa Nasir, Hannah Yeoh telahpun menjalankan siasatan dalaman dengan PSM untuk mengetahui punca utama isu ini berlaku.

Advertisements

“Semalam, saya telah menghabiskan 1 hari bersama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menjalankan siasatan dalaman untuk mencari punca masalah yang kita hadapi dalam penyediaan padang bagi Piala Malaysia.

Beliau turut menyatakan bahawa laporan siasatan sedang dipersiapkan dan keputusan akan diketahui kelak.

Advertisements

“Laporan sedang disediakan dan nantikan keputusan,” kata Hannah Yeoh kepada Astro Arena. 

Bukan sahaja mengenai isu padang, namun juga terdapat sesetengah penyokong menzahirkan kekecewaan tentang pengurusan Perbadanan Stadium ketika perlawanan akhir tempoh hari.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram