Penyokong Zahir Kekecewaan Terhadap Pengurusan Di SNBJ
Piala Malaysia
FAS
Advertisements

Selain isu padang yang membelenggu perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC tempoh hari, terdapat juga isu lain yang ditimbulkan sesetengah penyokong yang hadir.

Antara isu lain yang timbul adalah pengurusan tempat duduk yang tidak teratur. Baru-baru ini salah seorang pengguna X, Ammar Zahar telah meluahkan apa yang terjadi kepada beliau dan keluarganya yang hadir pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalik (SNBJ) itu.

“Beli empat tiket Grandstand, sampai stadium bawa anak makan dulu. Lepas makan, masuk stadium, seat (yang seharusnya menjadi miliknya) semua orang dah duduk,” luah Ammar.

Advertisements

Ketika beliau bertanya kepada marshal yang bertugas, marshal tersebut mengarahkan untuk mencari mana-mana tempat duduk yang kosong untuk diduduki.

“Pergi dengan anak-anak kecil lagi, lepas itu dah bayar RM 150 utk 1 tiket sekali kena layan macam tu saja. Nasib baik ada fans baik hati bagi kami duduk sebab nampak ada baby sekali.

“Tak sangka bayar ratus-ratus 1 tiket, kena mengemis cari tempat duduk,” luahnya lagi.

Advertisements

Saudara Ammar juga berharap pihak yang berkaitan termasuk Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang menguruskan SNBJ akan menambah baik isu tempat duduk penonton ini.

Ini kerana, disebabkan isu-isu seperti inilah yang menjadi punca penyokong memikirkan semula hasrat mereka untuk hadir ke stadium menyokong pasukan kesayangan mereka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram