Hannah Yeoh Senaraikan 3 Pembaharuan Di Stadium Bukit Jalil Sejak Diambil Alih
Malaysia
HRH Crown Prince of Johor
Advertisements

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan terdapat beberapa pembaharuan telah dibuat ke atas Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sejak beliau mengisi jawatan tersebut pada akhir tahun 2022.

Ini selepas beliau mengulas keluhan bekas Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu di X tentang kegagalan Malaysia menjadi penganjur konsert artis pop antarabangsa, Taylor Swift.

Hannah memaklumkan selepas beliau menjawat jawatan tersebut, antara isu yang dikenalpasti berkenaan SNBJ ialah isu padang yang digenangi air setiap kali hujan lebat.

Advertisements

Bagi memastikan perkara ini tidak berlaku lagi, beliau bukan saja meluluskan pembelian kanvas penutup padang untuk SNBJ.

Malah, Hannah turut mengarahkan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menyelesaikan isu ini dengan pemasangan laluan paip baru dan laluan kabel baru dari rumah pam.

Pemasangan ini merupakan sebahagian daripada kerja-kerja penambahbaikan dan penaiktarafan yang dilaksanakan di SNBJ pada tahun 2023. Kos projek tersebut mencecah hampir RM5 juta.

Advertisements

“Bagi menyegarkan kembali memori Peja (nama panggilan Faizal), bila kita ambil alih SNBJ pada Disember 2022, kita membeli kanvas dan menyelesaikan isu padang digenangi air bagi mengelak penggunaan penyodok semasa hujan.

“Perkara asas yang anda tahu sebelum bintang-bintang besar (antarabangsa) tampil membuat persembahan,” katanya di X.

Selepas kerja-kerja penaiktarafan siap pada Oktober 2023, SNBJ bukan saja menjadi tuan rumah perlawanan bola sepak berkualiti seperti Pestabola Merdeka 2023 dan Piala Malaysia 2023.

Advertisements

Malah, SNBJ juga menjadi tuan rumah untuk konsert selebriti antarabangsa seperti Coldplay dan yang terbaru, Ed Sheeran.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram