Advertising
Haqimi Azim Berkorban Segalanya Demi Kim Pan-gon
MakanBola
FA Malaysia

Penyerang muda negara, Haqimi Azim melakukan pengorbanan besar buat dirinya sebelum ke kem latihan pusat Harimau Malaya. 

Meskipun pasukan KL City masih belum memulakan latihan, pemain berusia 20 tahun itu komited membuat persiapan sendiri untuk mengekalkan kecergasannya. 

Ad

Beliau antara penyerang muda yang menjadi pilihan Kim Pan-gon kemudi barisan hadapan Harimau Malaya. Kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan bermula pada 8 Mac dan baki pemain yang bersama kelab akan lapor pada 15 Mac ini.

Ad

Skuad kebangsaan akan bertemu Oman bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada 26 Mac ini.

“Saya membuat persiapan sendiri kerana KL City masih belum mula berlatih. Saya bekerja keras untuk lakukan latihan sendiri demi mengekalkan kecergasan bagi persediaan panggilan kem Harimau Malaya.

Ad

“Sebagai pemain muda, saya perlukan banyak lagi pengalaman. Saya masih bersama KL City untuk mencari rentak dan minit permainan,” kata Haqimi kepada Astro Arena.

Ad

Untuk rekod, bagi musim 2023/2023 penyerang muda berpotensi ini membuat 21 penampilan dalam saingan Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA. Beliau berjaya mengumpul 1 gol dan 1 bantuan gol bersama KL City. 

Ad

Kali terakhir Haqimi Azim beraksi untuk negara adalah pada tahun 2022 dan berjaya mengumpul 1 gol serta 1 bantuan gol ketika aksi Piala AFF Mitshibishi.