Ads
Haqimi Azim Sedia Ketuai Serangan Harimau Malaya
Harimau Malaya
FA Malaysia

Penyerang muda KL City FC, Haqimi Azim Rosli bersedia menggalas tanggungjawab mengetuai jentera serangan Harimau Malaya.

Advertisements

Skuad senior negara dilanda masalah kecederaan menjelang baki dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan ini. Ini sekaligus menyebabkan ramai pemain negara terutama di bahagian serangan terpaksa disisihkan.

Advertisements

Antara nama-nama yang digugurkan oleh jurulatih, Kim Pan-gon akibat kecederaan ialah Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, Syafiq Ahmad, Darren Lok dan Romel Morales.

Advertisements
Advertisements

Hal ini membuatkan ramai penyokong Harimau Malaya gusar tentang siapa yang bakal mengetuai jentera serangan apabila berdepan dengan Kyrgyzstan dan Chinese Taipei nanti.

Haqimi mengakui ketiadaan ramai pemain berbisa di bahagian serangan sedikit sebanyak menjejaskan perancangan taktikal pasukan.

Advertisements

Pada masa sama, terdapat ramai pemain yang mampu memikul tanggungjawab di bahagian serangan seperti Paulo Josue dan dirinya.

Sekiranya diminta mengetuai bahagian serangan oleh Pan-gon, Haqimi bersedia memikul tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin.

“Kalau diberikan peluang, kalau Coach Kim (Pan-gon) turunkan saya, saya akan buat yang terbaik. Tapi sekarang, kita ada Paulo (Josue) dan saya, dan ada ramai juga yang boleh bermain sebagai nombor 9.

“Siapa yang diletakkan dalam perlawanan nanti, buat yang terbaik. Kalau saya diletakkan sebagai nombor 9, saya akan buat yang terbaik.

“Dan saya akan tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa saya boleh beraksi sebagai nombor 9,” katanya kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seperti yang dilaporkan Harimau Malaya.

Advertisements

Skuad negara berangkat ke Kyrgyzstan hari ini bagi mengharungi perlawanan kelima Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram