Advertisement
Haqimi Azim Tak Utamakan Wang
Liga Super
MakanBola
KL City FC

Penyerang muda Kuala Lumpur City FC (KL City), Haqimi Azim berpendapat wang bukanlah menjadi keutamaan buat dirinya buat masa ini.

Bagi Haqimi, pengalaman beraksi adalah menjadi keutamaan buat dirinya dan beranggapan musim baharu ini bakal menjadi peluang buat dirinya merebut slot penyerang dalam pasukan.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wartawan The Star, T. Avineshwaran melalui satu hantaran di laman X.

“Saya mempunyai kontrak dengan mereka. Dalam fikiran saya sekarang, wang (jadi) kedua, pengalaman dahulu (diutamakan). Tambahan pula, saya percaya ini (musim baharu) masa yang sesuai untuk memperjuangkan posisi penyerang (KL City),” jelas Haqimi seperti yang dikongsikan T. Avineshwaran.

Peluang untuk Haqimi beraksi sebagai penyerang utama KL City dilihat semakin cerah selepas pasukan itu baru sahaja melepaskan dua penyerang utama pasukan iaitu Tchetche Kipre yang berhijrah ke Kuching City dan Romel Morales yang beralih angin ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pada musim lalu, Haqimi telah beraksi dalam 23 perlawanan untuk KL City dan berjaya meledak satu gol serta turut menyumbang dua bantuan gol. Namun begitu, persaingan sengit di posisi penyerang memaksa Haqimi banyak beraksi di posisi sayap.