Harimau Malaya

Harimau Malaya Ada Usaha Dapatkan Hajime Moriyasu, Kata Zulhelmi

Moriyasu AFC Harimau Malaya Ada Usaha Dapatkan Hajime Moriyasu, Kata Zulhelmi
AFC

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pernah berusaha mendapatkan sentuhan jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu.

Advertisement

Perkara ini dikongsikan Zulhelmi dalam temu bual bersama Nadi Arena baru-baru ini. Beliau difahamkan wujud perjanjian antara badan induk itu dan Moriyasu bagi membolehkan jurulatih Jepun itu mengisi kerusi panas Harimau Malaya.

Walau bagaimanapun, perjanjian itu tidak dapat direalisasikan atas sebab-sebab tertentu. Ini ditambah dengan hasrat Moriyasu sendiri yang menguji dirinya menjadi jurulatih di benua Eropah.

“Saya difahamkan perjanjian itu berlaku antara FAM dan Hajime Moriyasu. Kalau kita ingat balik, ini teori saya iaitu Presiden Kohormat FAM, Tan Sri Haji Hamidin (Mohd Amin) berada hampir lebih sebulan di Piala Dunia, di Canada dan Amerika Syarikat tempoh hari.

“Ketika itulah saya difahamkan ada usaha mendapatkan (khidmat) Hajime Moriyasu. Dan perjanjian lisan itu nampak positif pada awalnya, tetapi mungkin atas sebab tertentu, Hajime Moriyasu tidak menerima dan dia lebih cenderung untuk pergi ke Eropah,” katanya.

Hal ini membuka jalan kepada bekas pengendali Persib Bandung, Bojan Hodak dipilih untuk mengisi kerusi panas Harimau Malaya. Zulhelmi percaya ini disebabkan beliau berstatus ejen bebas walaupun memikul tugas sebagai penasihat strategik Persib.

“Dan seterusnya, saya rasa mungkin pilihan yang cepat ialah Bojan Hodak memandangkan beliau tidak mempunyai apa-apa pasukan walaupun sebelum ini beliau adalah pengarah teknikal untuk Persib Bandung,” tambahnya.

Zulhelmi turut melihat pemilihan Bojan Hodak seiring dengan pendirian FAM yang ingin mendapatkan jurulatih asing untuk membimbing skuad senior kebangsaan.

Hal itu juga yang mendorong badan induk itu memilih untuk tidak memilih Tan Cheng Hoe sebagai pengganti tetap Peter Cklamovski. Cheng Hoe kini memikul tugas sebagai Pengarah Skuad Kebangsaan.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...