Advertisement
Harimau Malaya Bakal Dapat Ketua Jurulatih Baharu
Harimau Malaya
MakanBola
FA MALAYSIA

Harimau Malaya bakal mendapat khidmat Ketua Jurulatih baharu bagi membimbing perjalanan pasukan negara.

Perkara ini disahkan oleh satu kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang memaklumkan bahawa tempoh perkhidmatan Pau Marti bersama pasukan kebangsaan bakal tamat.

“Saya ingin memaklumkan bahawa Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 akan menjadi tugasan terakhir saya sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya.

“Keputusan ini dibuat susulan komunikasi dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), berhubung penstrukturan semula Pengurusan Pasukan Kebangsaan.

Proses penstrukturan semula yang bakal berlaku dalam kem Harimau Malaya menyaksikan pengendali baharu bakal mengemudi skuad kebangsaan bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2027.

“Sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula ini, ketua jurulatih dan barisan kejurulatihan Harimau Malaya yang baharu akan dilantik untuk kempen Kelayakan Piala Asia 2027 mulai tahun depan.

“Saya dan barisan kejurulatihan akan menamatkan perkhidmatan kami bersama skuad Harimau Malaya pada akhir kempen Piala Mitsubishi Electric ASEAN,” jelas FAM.

Pau Marti memegang rekod baik bersama skuad kebangsaan apabila mencatatkan tiga kemenangan, satu seri dan hanya satu kekalahan menentang New Zealand.

Ujian pertama skuad kebangsaan adalah menentang Kemboja pada 8 Disember di Stadium Olimpik, Phnom Penh sebelum pulang ke tanah air bagi perlawanan kedua menentang Timor-Leste di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Rabu, 11 Disember 2024.