Advertising
Harimau Malaya Bakal Jadi Tuan Rumah Hadapi Nepal?
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Harimau Malaya bakal mendapat suntikan semangat menjelang aksi pertama kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal.

Pusingan ketiga kelayakan menyaksikan Malaysia berada dalam Kumpulan F bersama Nepal, Laos dan juara ASEAN Championship 2024, Vietnam.

Ad

Berdasarkan jadual kumpulan, Harimau Malaya sepatutnya bertemu dengan The Gorkhalis di Kathmandu, Nepal pada 25 Mac ini.

Ad

Walau bagaimanapun, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memaklumkan Malaysia berkemungkinan menjadi tuan rumah aksi menentang Nepal.

Kemungkinan ini berlaku kerana stadium keramat Nepal, Stadium Dasharath di Kathmandu dilaporkan tidak bersedia menjadi tuan rumah perlawanan tersebut.

Ad

“Stadium Dasharath di Kathmandu belum bersedia, skuad Harimau Malaya jadi tuan rumah perlawanan pertama kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal 25 Mac ini!” katanya di X.

Ad

Sekiranya perkara ini menjadi kenyataan, Harimau Malaya bakal menentang The Gorkhalis di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ad

Aksi ini bukan saja berpotensi sebagai aksi pertama Peter Cklamovski sebagai jurulatih Malaysia. Malah, ini juga berpotensi sebagai medan pengenalan lapan bintang warisan baru yang memperkuatkan Harimau Malaya.

Aksi ini juga dijangka bakal menjadi aksi pertama buat jurulatih baharu Nepal dan rakan senegara Cklamovski, Matt Ross.