Harimau Malaya Dijangka Beraksi di Sabah/Sarawak November Ini
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Kebiasaannya untuk perlawanan antarabangsa membabitkan Harimau Malaya, ia diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Tetapi pada November ini, skuad kebangsaan bakal mengadakan perlawanan persahabatan di Sabah atau Sarawak.

Ini dilihat bakal melengkapkan siri perlawanan persahabatan yang perlu ditempuh anak-anak buah Kim Pan-gon untuk tahun 2023.

Sebelum ini, FAM mengatur beberapa perlawanan di stadium selain SNBJ. Ini disebabkan oleh proses penambahbaikan dan penyelenggaraan sedang dibuat di SNBJ termasuk permukaan padang yang berlangsung sehingga Oktober ini.

Advertisements

Lantaran itu, beberapa perlawanan diatur FAM di stadium keramat JDT, Stadium Sultan Ibrahim (SSI) seperti perlawanan menentang Turkmenistan (Mac) dan perlawanan menentang Yaman (Jun). Selain SSI, Stadium Darul Makmur di Kuantan juga dicanang sebagai gelanggang tambahan pasukan kebangsaan.

Tidak diketahui siapa lawan yang bakal dipilih untuk aksi persahabatan di Sabah atau Sarawak pada November ini. Tetapi dengan Piala Asia 2023 bakal berlangsung pada Januari tahun depan, lawan yang dipilih sudah pasti mampu memberi cabaran sama seperti pasukan-pasukan yang layak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram