Harimau Malaya Mahu Lonjak Ranking FIFA Di King’s Cup
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Harimau Malaya perlu menampilkan aksi cemerlang dalam aksi King’s Cup dalam usaha untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melihat ini merupakan satu peluang yang baik bagi mengubah nasih undian balang menjelang undian Piala Asia hujung tahun ini.

Malaysia dijangka menghadapi ujian sukar sukar dan berkemungkinan akan diletakkan bersama pasukan terkuat di Asia.

Advertisements

Namun begitu, perkara ini masih boleh diubah seandainya anak didik Kim Pan-gon mampu menewaskan lawan yang berada pada kedudukan yang lebih tinggi.

Kejohanan tersebut dijangka akan disertai oleh tuan rumah, Thailand, Malaysia dan juga gergasi dari Amerika Latin yang dikatakan Bolivia selain satu pasukan Asia bakal melengkapkan senarai 4 pasukan.

“FAM masih lagi menanti lawan skuad kebangsaan di Thailand nanti.”

Advertisements

“Ketika ini, kita masih tidak tahu pasukan-pasukan yang akan bertanding dalam kejohanan itu.”

Malah, FAM juga amat berbesar hati dan menyambut jemputan dari Thailand ini dengan hati yang terbuka.

“Ap yang dimaklumkan oleh media di negara itu, skuad negara akan beraksi dalam King’s Cup.”

Advertisements

“Kita juga menyambut baik dan berbesar hati dapat memenuhi jemputan itu.”

Selain berpeluang buat Pan-gon membuat analisis khas terhadap prestasi pasukan, ini juga medan untuk melonjakkan peluang undian yang lebih baik bagi Piala Asia nanti.

“Ini adalah peluang yang sangat baik buat pasukan negara, selain mempersiapkan pasukan, kita juga boleh mengutip mata ranking bagi Piala Asia nanti.”

Advertisements

“Kita harap dapat tingkatkan kedudukan dalam balang agar berpeluang ditempatkan dalam balang lebih tinggi pada undian itu nanti,” katanya oleh Arena Metro.

Harimau Malaya sudah pun melonjak dengan cukup drastik sejak diambil alih oleh jurulatih kelahiran Korea Selatan itu dan kini berada pada kedudukan ke-147 dunia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram