Harimau Malaya Tak Akan Malu-Malu Beraksi Di Padang Selepas Ini
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Baru-baru ini, Harimau Malaya tellah pun digelar sebagai The Biggest Climbers susulan kenaikan mendadak dalam kedudukan terbaharu ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas berakhirnya Kelayakan Piala Asia.

Pasukan kendalian Kim Pan-gon sebelum ini berada pada kedudukan ke-154 dunia. Walu bagaimanapun, selepas mencatat dua kemenangan ke atas Bangladesh dan juga Turkmenistan telah memberi impak yang besar kepada rangking Harimau Malaya.

Malah, aksi memberangsangkan dalam aksi persahabatan iaitu ketika menewaskan  Brunei dan Hong Kong 2-0 turut menjadi penyumbang kepada kenaikan ranking Harimau Malaya ketika ini.

Advertisements

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar, beliau melihat perkembangan ini sebagai satu perkara yang positif untuk kemajuan bola sepak negara.

“Kita lihat memang selayaknya ranking skuad Harimau Malaya ini berada di sini kerana kejayaan mereka dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2023  dan juga perlawanan persahabatan sebelum itu.”

“Pemain-pemain Harimau Malaya kini boleh masuk ke padang dengan rasa bangga. Sudah tentu, ini membantu untuk meningkatkan lagi keyakinan mereka untuk memberikan yang baik.

Advertisements

Katanya, perkara ini juga bakal membuka peluang kepada pasukan kendalian jurulatih Korea Selatan ini untuk menerima pelbagai tawaran menentang pasukan yang lebih kuat pada masa hadapan.

“Apabila mereka beraksi dengan baik, ini akan membantu untuk meningkatkan ranking pasukan. Apabila ranking naik, permintaan terhadap pasukan juga akan meningkat.”

“Maka, pasukan lain akan berebut untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Harimau Malaya. Inilah impak positif kepada pasukan negara,” katanya yang dilaporkan oleh Majoriti.

Advertisements

Perlawanan yang melibatkan pasukan negara dijangka berlangsung pada bulan September menerusi dua aksi persahabatan kalendar FIFA.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram