Harimau Malaya Mahu Uji Kekuatan Sebenar Kyrgyzstan
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Perjalanan Harimau Malaya dalam aksi King’s Cup di Thailand nanti bakal dicabar hebat oleh Kyrgyzstan yang dilaporkan bakal menjadi pasukan ketiga dalam kejohanan tersebut.

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun mengumumkan bahawa mereka menyambut baik jemputan itu yang bakal diadakan pada bulan September nanti.

Walau bagaimanapun, menurut satu kenyataan oleh media Vietnam, Kyrgyzstan  yang juga merupakan pasukan ke-95 dunia turut mengesahkan penyertaan mereka.

Advertisements

Pasukan gergasi dari Asia Tengah itu difahamkan telah menerima jemputan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) untuk menyertai King’s Cup 2022 sekaligus bakal menghangatkan lagi saingan ini.

Ini sudah pasti menjadi satu tugas yang berat buat anak didik Kim Pan-gon bagi memastikan cabaran yang terbaik mampu diwujudkan menentang pasukan seperti Thailand dan juga Kyrgyzstan.

Namun begitu, satu lagi lasukan yang bakal melengkapkan saingan ini masih menjadi tanda tanya disebabkan FAT juga masih menanti keputusan daripada pasukan keempat dari benua Amerika Selatan, Amerika Utara atau Afrika.

Advertisements

Nama pasukan Bolivia menjadi bualan hangat apabila disebut-sebut sebagai pasukan keempat namun masih tiada pengesahan.

King’s Cup ini bakal dijalankan dalam format kalah mati dengan dua pasukan yang menang akan mara ke final manakala pasukan yang kalah berentap untuk penentuan tempat ketiga. 

Setiap perlawanan yang dilalui oleh Harimau Malaya penting keputusan perlawanan memberi pulangan mata ranking FIFA.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram