Advertising
Harry Kane Dalam Dilema
MakanBola
Bayern Munich

Penyerang berbisa Bayern Munich, Harry Kane dikatakan sedang dalam dilema apabila terdapat sekumpulan pemain yang tidak menyokong jurulatih pasukan ketika ini iaitu Thomas Tuchel.

Kane dikatakan telah memberi sokongan penuh buat Tuchel dalam mengendalikan pasukan yang dipenuhi bintang itu.

Ad

Manakala beberapa pemain senior lain seperti Thomas Muller, Joshua Kimmich dan Mathijs De Ligt dikatakan enggan memberi sokongan buat Tuchel.

Ad

Kem Bayern kini terbahagi kepada dua kumpulan yang mana satu kumpulan menyokong Tuchel manakala satu lagi kumpulan menolak Tuchel.

Kane tidak bersendirian dalam menyokong Tuchel kerana beberapa pemain lain turut menzahirkan sokongan buat Tuchel seperti Eric Dier, Manuel Neuer, Leroy Sana, Jamal Musiala dan Raphael Guerrero.

Ad

“Kane tidak bersendirian (menyokong Tuchel) selepas bekas rakan sepasukannya di Tottenham, Eric Dier juga dilaporkan merupakan penyokong Tuchel walaupun baru ditandatangani pada Januari.

Ad

“Kapten Bayern, Manuel Neuer juga mempunyai pendapat yang sama, selepas mengenang kembali kepercayaan yang ditunjukkan Tuchel kepada beliau semasa masalah kecederaannya. Leroy Sane, Jamal Musiala, dan Raphael Guerrero semuanya juga penyokong beliau kekal di Bavaria,” lapor laman Mirror.

Ad

Tuchel dijangka akan meninggalkan pasukan pada penghujung musim ini selepas kontraknya dijangka tamat pada Jun 2024. Jurulatih Bayer Leverkusen, Xabi Alonso menjadi calon hangat untuk menggantikan tempat Tuchel di Munich.