Harry Maguire Dinobat Pemain Terbaik Bulanan EPL
EPL
Manchester United
Advertisements

Bek tengah England dan Manchester United, Harry Maguire diangkat Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai Pemain Terbaik Bulanan untuk bulan November.

Beliau mengatasi cabaran calon-calon lain untuk anugerah tersebut. Antara pencabar beliau ialah Jeremy Doku (Manchester City), Anthony Gordon (Newcastle United) dan Thomas Kaminski (Luton Town).

Mengikut keterangan laman sesawang rasmi United, Maguire bukan saja pemain pertahanan ke-17 yang menerima anugerah tersebut.

Advertisements

Malah, bekas bek tengah Leicester City itu turut mengikut jejak langkah dua legenda United, Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic sebagai pemenang Pemain Terbaik Bulanan EPL.

Maguire dipilih kerana membantu The Red Devils meraih kemenangan tanpa dibolosi sebanyak tiga kali.

Kejayaan itu dicapai semasa menentang Fulham, Luton dan Everton. Malah, Maguire tidak mempedulikan kecederaan yang dialaminya semasa menentang The Cottagers bagi membantu United meraih kemenangan.

Advertisements

Ini dilihat satu perubahan besar buat bek tengah England itu selepas hampir-hampir dijual oleh United dalam tetingkap perpindahan musim panas lalu.

Dengan prestasi cemerlang yang ditampilkan ketika ini, sukar bagi pengurus United, Erik ten Hag untuk menggugurkannya daripada kesebelasan utama.

Selain Maguire, Ten Hag turut dipilih EPL sebagai Pengurus Terbaik Bulanan EPL untuk bulan November.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram