Harry Maguire Kekal Sebagai Kapten Manchester United
Dunia
Man United News
Advertisements

Pertahanan kental Manchester United, Harry Maguire secara rasminya kekal menjadi kapten pasukan menjelang musim baharu.

Pemain berusia 29 tahun itu melalui detik yang sukar sebagai seorang pemain selepas aksi tidak konsistennya telah menyebabkan United tercicir daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Walau bagaimanapun, menurut satu temubual terhadap jurulatih baharu United, Erik Ten Hag, beliau mengesahkan bahawa Maguire akan terus menjadi ketua pasukan.

Advertisements

Ketika ini, The Red Devils juga dilaporkan sedang memburu seorang pemain pertahanan iaitu Lisandro Martinez sekaligus menguatkan lagi spekulasi bahawa pertahanan kebangsaan England ini dalam kedudukan yang tidak selamat.

Namun begitu, Ten Hag tetap optimis dengan apa yang boleh ditawarkan oleh Maguire kepada pasukan.

”Harry Maguire ialah kapten. Saya perlu mengenal semua pemain tetapi beliau kapten rasmi United dan beliau telah mengecapi pelbagai kejuaraan.”

Advertisements

”Saya tidak melihatnya sebagai satu masalah,” Jelasnya dalam temubual tersebut.

Bekas pertahanan Leicester City ini dijangka bakal mengemudi pasukan menjelang perlawanan pra-musim menentang Liverpool di Bangkok esok selain jurulatih itu mahu menilai kemampuan sebenar setiap pemainnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram