Hasrat kelab Liga Malaysia untuk mendapatkan khidmat pemain sayap sensasi Jordan, Mousa Al-Tamari tidak kesampaian.
Pemain berusia 27 tahun itu merupakan watak penting pasukan kendalian Hussein Ammouta apabila membantu pasukan untuk layak ke pentas akhir Piala Asia 2023.
Beliau juga memainkan peranan hebat ketika menewaskan Malaysia dengan keputusan 4-0 bagi aksi pertama peringkat kumpulan.
Sebelum ini, pemain lincah itu menyatakan hasrat untuk beraksi bersama kelab terkemuka di Eropah selepas beberapa pasukan gergasi seperti Paris Saint Germain (PSG) dan Liverpool menunjukkan minat untuk mendapatkannya.
Peluang untuk menyaksikan beliau kembali ke Asia sudah hampir tertutup apabila pemain itu sendiri memberitahu bahawa beliau tidak berminat untuk kembali dalam masa terdekat.
Hal ini susulan terdapat tawaran lumayan daripada kelab Saudi Pro League namun beliau memberitahu ejennya bahawa dirinya masih mahu beraksi di pentas bola sepak Eropah.
Terdapat juga usikan daripada beberapa penyokong Perak yang mahukan Mousa Al-Tamari namun perkara itu agak sukar direalisasikan oleh pasukan.