Haziq Nadzli ‘Bidan Terjun’ Emas Buat JDT
Dunia
Johor South Tigers
Advertisements

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Benjamin Mora mengakui akan kemampuan Haziq Nadzli atau Izham Tarmizi untuk menjadi bidan terjun emas buat JDT pada perlawanan esok.

Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim itu menjelaskan jika Farizal Marlias tidak dapat diturunkan maka beliau akan menurunkan Haziq Nadzli atau Izham Tarmizi sebagai taruhan utama di benteng terakhir pasukan ketika menentang Guangzhou FC.

Haziq Nadzli telah menggalas tanggungjawab menggantikan Farizal pada minit ke-63 dalam perlawanan ketika JDT menentang Terengganu tempoh hari susulan Farizal yang mengalami kecederaan.

Advertisements

Bukan itu sahaja, beliau turut dilihat memperagakan aksi yang cukup cemerlang apabila pasukan Terengganu tidak dapat membolosinya dengan mudah. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan milik JDT dengan keputusan 2-1.

JDT telah dijadualkan menentang Guangzhou FC pada 15 April 2022 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram