Haziq Nadzli Buktikan Beliau Masih Berbisa
Dunia
haziqnadzli/officialjohor
Advertisements

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim, Haziq Nadzli dilihat mampu mencabar kedudukan Farizal Marlias di posisi penjaga gol utama.

Bekas penjaga gol Harimau Malaya B-23 tahun ini berjaya menepis sepakan penalti yang diambil pemain BRM FC bagi memastikan rekod tanpa bolos pasukan JDT.

Aksi cemerlang yang ditampilkan penjaga gol muda ini dalam debut pertamanya musim ini bakal buat Farizal Marlias perlu lebih berjaga-jaga.

Advertisements

Beliau diturunkan dalam kesebelasan utama menentang pasukan BRM FC dalam saingan Piala FA pusingan pertama musim ini. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan berpihak kepada JDT 10 – 0 BRM FC.

Dalam perlawanan tersebut, lapan pemain cetak sebagai penjaring gol sekaligus melayakkan diri ke Pusingan kedua Piala FA.

Advertisements

Bukan mudah bagi seorang yang bukan penjaga gol utama mampu menepis sepakan penalti dengam mudah. Akan tetapi, Haziq Nadzli sememangnya layak untuk menggantikan Farizal Marlias yang kini semakin dimamah usia.

Sepakan penalti BRM FC yang berjaya di tepis Haziq Nadzli pada minit ke-92+3
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram